Monday 30 December 2013

DIVIDEN ASB 2013

Assalamualaikum wbt...

DIVIDEN DAN BONUS ASB 2013 KADAR AGIHAN PENDAPATAN
Hari ni cik nat nak kongsi pasal dividen ASB untuk tahun ni...Dengan gelombang kenaikan harga barang mula dirasai,orang ramai terutamanya pemegang unit Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) berharap pengagihan pendapatan ASB untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2013 dapat dinikmati dengan kadar yang lebih tinggi...Namun sebaliknya berlaku apabila Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pulangan sebanyak 8.70 sen seunit saja...

Dividen ASB untuk tahun ni (2013) agak menurun sedikit berbanding tahun lepas...tahun ni kadar dividen ASB 7.70 sen seunit + bonus ASB 1.00 sen seunit = 8.70 sen seunit....macam tahun lepas (2012) kadar dividen ASB 7.75 sen seunit + bonus ASB 1.15 sen seunit = 8.90 sen seunit...beza 0.20 sen...

Pengagihan dividen akan terus dikreditkan secara automatik ke dalam akaun ASB kepada setiap pemegang unit...pemegang unit boleh lah mengemaskini buku ASB masing-masing di Ibu Pejabat,pejabat,ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014...Urusniaga ASB akan ditangguh kan buat sementara dari 22 Disember 2013 hingga  1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus....Pada yang buat simpanan tu,mari lah kita sama-sama nantikan yea...

No comments :

Post a Comment

hye readers yang tomey-tomey belaka tu,tima kasih tau sebab sudi tinggalkan komen....hampa komen,insyallah cik nat follow hampa balik...hihiiiii...:-)